
Assalammualaikum...topik da'i muda untuk kali ini adalah Aurat...sejauh manakah kita memahaminya??apakah yang dapat dikaitkn dengan kata-kata tersebut.....???apa yang saya ingin ketengahkn dalam topik kali ini adalah berkenaan aurat...terutamanya bagi kaum hawa....situasi kini yang agak 'HURU-HARA' dimana agama Islam tidak lagi diamalkn dalam kehidupan seharian benar-benar menimbulkan kekeliruan kepada umat ISLAM sendiri....
kekeliruan yang sering kita lihat disekeliling kita ialah mengenai isu aurat.....terutamanya dikalangan golongan hawa.....mengapa sebuah negara yang majoritinya Islam dan agama rasminya Islam mengalami masalah yang sebegini rupa??saya berasa sangat sedih bilamana melihat seorang wanita yang amat ditinggikan martabatnya pada zaman Kegemilangan Islam kini dengan sendirinya mendedahkan dirinya.....terdedah aurat yang diWAJIBKAN untuk mereka tutupi....Firman Allah S.W.T dalam surah AN-Nur ayat 31: Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman,agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya dan janganlah MENAMPAKKAN PERHIASANNYA (AURATNYA) kecuali yang biasa terlihat. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kedurungnya kedada...........
Apakah fungsinya Allah mewajibkan golongan wanita ini menutup aurat....pada pandangan da'i muda sebab Allah mewajibkan wanita menutup aurat adalah untuk menjaga maruah mereka semua dan sekaligus menaikkan martabat mereka.....serta untuk melindungi mereka daripada menjadi sasaran manusia bertopengkan syaitan di dunia ini.....ya. mungkin timbul persoalan yang mengatakan bhawa mereka yang menutup aurat pun menjadi sasaran kepada manusia2 jenis sebegini.....jawapan yang ideal untuk menjawab persoalan ialah......segala hukum yang Allah nyatakan dalam Al-Quran adalah untuk SEMUA...jadi sekiranya ada segelintir yang tidak mengikutnya maka ia akan memberi kesan kepada yang lain....jadi mereka yang tidak menutup aurat ini sebenarnya telah mendedahkan golongan mereka ke lembah kebinasaan secara tidak langsung....
Salah satu alasan yang sering diberikan oleh mereka yang tidak menutup aurat atau lebih spesifiknya tidak memakai tudung (kerana tudung adalah basic kepada menutup aurat) ialah kerana mereka akan merasa PANAS......PANAS??kepanasan di dunia ini hanyalah sedikit berbanding panasnya API NERAKA....apa yang ibu da'i muda selalu katakan pada diri ini ialah "api di dunia ini ibarat hanya sebesar belakang hujung jarum berbanding api neraka".....ingatlah..mengapa ada yang boleh memakai tudung manakala ada yang tidak boleh memakainya....semuanya berkaitan dengan akidah seseorang itu dan juga imannya....teguh pegangan akidahnya maka kuatlah imannya.....jadilah seorang wanita yang kuat imannya dan teguh akidahnya supaya menjadi wanita yang solehah maka Allah akan mengurniakan pelbagai kebaikan kepada dirimu......

Kesimpulannya, hendak atau tidak seorang wanita diwajibkan menutup aurat ketika mana mereka berada dalam situasi di mana mereka MESTI menutup aurat.....sepotong lirik yang diambil dari lagu WANITA daripada kumpulan Dehearty 'sedarilah insan istimewa bahawa kelembutan bukan kelemahan..bukan jua penghinaan dari tuhan..bahkan sebagai hiasan kecantikan'....jagalah segala yang ada pada dirimu sesungguhnya apa yang ada padamu itu lebih bernilai dari sekeping kertas yang diberi nama sebagai WANG....sekian sahaja dari da'i muda...sekiranya ada pengisian didalam blog ini yang membuat sesiapa yang membacanya terasa..maka sepuluh jari disusun oleh saya untuk memohon maaf.....
waalaikummussalam
rujukan-majalah Solusi
-gmbr daripada ILUVISLAM

No comments:
Post a Comment