Friday, December 31, 2010

Saiyidul Aiyam

Assalamualaikum.....saiyidul aiyam.....ia merupakan gelaran buat hari Jumaat...yang memberi makna penghulu sgala hari.....kenapakah hari Jumaat digelar sedemikian...kerana telah dijanjiknNya bahawa pada hari ini, hari Kiamat akan berlaku bukan itu sahaja..pelbagai peristiwa juga telah dijanjikan akan /telah berlaku olehNya pada hari Jumaat ini.... Ia merupakan hari yg sungguh mulia bg umat Islam....sepertimana hari Sabtu buat mereka yg beragama yahudi....Ahad buat penganut agama Kristian......

kenapa saya memilih tajuk ini pada kali ini ialah kerana terdapat peristiwa2 yang sangat menduka citakn...berlaku didepan mata saya sendiri....semasa skalian umat Islam sedang khusyuk mendengar Khutbah Jumaat...peristiwa ini berlaku ditempat saya menunaikan solat Jumaat...disebuah surau yang dibenarkan untk dilaksanakan Solat Jumaat...surau yang tersergam indah ditengah-tengah kawasan perumahan yang sesak.....

sangat menyedihkan....

apabila saya merasakan perjalanan saya menuju ke surau itu seperti tidak sampai niat sebenarnya....hajat ingin mendengar Khutbah dalam keadaan yang tenang dan harmoni tidak kesampaian...malahan segala mesej yang disampaikan oleh Khatib dalam syarahannya ibarat masuk telinga kanan, keluar telinga kiri...mengapa dikatakn demikian??

Telah ditakdirkan...kami adik beradik dan bapa terlewat untk ke surau bg menunaikan solat Jumaat..jadi kami terpaksa memenuhi ruang solat yang dibelakang sekali...dimana stiap dari kami memang tidak gemar duduk di sana...hal ini kerana terdapat pelbagai jenis gangguan yang menggangu komunikasi antara Khatib dan Jemaah....

anak2 kecil...

salah satu masalah yang dihadapi adalah 'keramahan' anak2 kecil...mereka berbual sepanjang berlangsungnya Khutbah Jumaat...tak mengapa...kerana mereka masih kecil..dan masih belum mumaiyiz...tetapi..yang menaikkan 'meter' kemarahan yang tersedia didalam hati ini ialah terdapat golongan yang sudah boleh berKAHWIN melakukan perangai yang sungguh kurang didikan ini....umur yang amat tidak boleh bertolak ansur...dalam hal2 sebegini....mereka ini telah diberi dedahn dari pihak2 yang bertanggungjawab....mengapa msh berlaku??

salah siapa?

pada pemerhatian da'i muda....pihak surau di tempat saya terlalu mengambil mudah soal sebegini...kenapa dikatakan begitu...mereka hanya menggantung kain rentang yang menulis SILA PATUH!!....apakah kesannya??tiada.....hal ini kerana...dalam psikologi...terdapat satu istilah yang diberi nama 'Sensory Habituation'....istilah ini memberi makna satu tahap dimana organ sensitiviti kita mula mengandaikan bahawa sesuatu itu sebagai seseuatu yang biasa setelah kerap kali dirasai atau dilihat atau dialami...jadi..kain rentang itu tidak berfungsi seperti yang harapkan...kerana mereka menganggap kain rentang itu sebagai 'hiasan' semata-mata...tiada mesej disebaliknya....oleh itu...pihak surau haruslah memainkan peranan penting dengan memberi peringatan stiap kali sblum khutbah bermula mengenai sabda Nabi Muhammad S.A.W yang berbunyi 'kita hendaklah berdiam diri semasa khatib sedang membaca khutbah...tak kala itu..sesiapa yang bercakap2 semasa khatib sedang berkhutbah walaupun menasihati rakan disebelahnya dgn perkataan senyap skali pun..maka luput lah pahala Jumaatnya....'

jadi...pihak yg bertanggungjawab haruslah memainkan peranan yang penting dalam mnyelesaikan masalah 'keramahan' tidak kena tempat ini agar segala mesej yang disampaikan ketika pertemuan yang tidak sampai sejam lebih itu dapat dimanfaatkan oleh pendengarnya....kerana proses ingt mengingati itu adalah tuntutan buat semua umat Islam...insyaAllah

assalamualaikum....

sumber:
Hasil pemerhatian Da'i muda...

No comments:

Post a Comment