Monday, May 16, 2011

Keamanan...amankah??


Assalamualaikum....

tajuk saya pada kali ini adalah "keamanan...amankah"...sering kali di media2 seluruh dunia memaparkan berita peperangan, demostrasi, pembunuhan..berita2 ini seolah2 adalah satu kemestian kepada pihak penyiaran untuk disiarkan setiap hari...tujuan post ini ditulis bukanlah untuk membincangkan soal keamanan diluar negara,,,isu itu terlalu besar untuk kita sebagai pemuda untuk dibincangkan...isu yang menjadi tumpuan saya kali ini adalah...adakah negara kita sudah cukup AMAN??itulah yang telah menarik minat saya untuk mewujudkan post ini....

banyak pihak mengatakan negara kita dah sangat aman...teramat aman....betulkah pernyataan itu??pada pendapat da'i muda sendiri...negara kita BELUM cukup aman untuk dikatakan AMAN....ABSOLUTE PEACE....ya..mungkin pada pandangan sesetengah pihak negara kita aman dari segi tiadanya berlaku PEPERANGAN...tidak berlaku demostrasi yang membawa maut...tetapi..hakikatnya...negara kita sedang dilanda "taufan" yang mengganggu gugat "keamanan" yang kononnya sedang dinikmati....

kenapa saya mengatakan sedemikian??cuba anda semua bertanya pada diri sendiri...pernahkah anda bersama selamat ketika ingin tidur pada waktu malam??semasa memandu kereta??semasa mengambil wang di mesin ATM??semasa keluar bersiar-siar di luar??jika jawapannya tidak...mengapa??bukankah kita berada dalam negara yang sudah AMAN??sebenarnya...jenayah2 kecil ini telah mencacatkan keamanan yang sebenar-benarnya....setiap hari...ada sahaja kes pembunuhan, kecurian, rompakan...tidak lupa juga kes rogol dan lain2...baru2 ini...negara kita dikejutkan dengan kes penyimbah asid bersiri...apakah motif penjenayah menyimbah asid pada manusia yang lain??tiada motif jika dilihat pada corak jenayah yang dilakukan....menyerang RANDOM VICTIMS....seolah2 dia melakukan ini untuk suka2....

apakah puncanya??apa yang dapat saya rumuskan dari masalah ini adalah...lemahnya undang2 jenayah negara kita....undang2 yang memberi hukuman yang tidak seberat yang disangkakan...penjara 10 tahun...apa yang mereka dapat dari hukuman itu???tinggal didalam penjara...makanan percuma...diberi kerja...dilepaskan setelah selesai...adakah mereka akan insaf??tidak sama sekali...layanan yang diberikan terlalu BAIK,,,mereka tidak dapat rasakan sebegitu walaupun dirumah sendiri....jadi,,untuk merasakan keseronokan yang diterima dipenjara...mereka melakukan semula jenayah,,,,konklusinya...hukuman yang dikenakan hendak lebih tegas...dan berkesan,,,,supaya negara kita mencapai keamanan yang diinginkan oleh setiap insan yang lahir kedunia ini...mungkin sudah tiba masanya kerajaan mempertimbangkan mengunakan hukum PENCIPTA kita...Dia menciptakan kita...dan Dia lebih memahami ciptaanNya,..seperti ibu yang memahami anaknya sendiri...malahan Dia lebih mengenali kita lebih dari ibu kita....InsyaAllah...Negara kita dapat mencapai keamanan yang hakiki satu masa nanti...AMINN,,,

sekian waalaikumussalam....
sekadar perkongsian dari insan yang rendah diri.......

Friday, March 4, 2011

MALU??SEGAN??SLAMBER??


Assalamualaikum....

kali ini..tajuk yg saya rasa amat sesuai untuk dikongsikn adalah "MALU??SEGAN??SELAMBER??"
dalam keadaan dunia yg semakin moden ni...tiada batasan perhubungan antara kaum adam dan kaum hawa....dimana2 saja kita dapat melihat...seorang lelaki akan berjalan dengan seorang perempuan....situasi ini tidak menjadi masalah sekiranya mereka merupakan pasangan adik beradik..ataupun pasangan suami isteri...ataupun ibu bersama anaknya...mahupun bapa bersama anaknya....yg menjadi masalah dan tradisi umat akhir zaman ini...sepasang hamba Allah..lelaki dan perempuan yg langsung tiada ikatan yang sah keluar bersama...berpegang tangan..berpelukan..bermesraan...sakit mata kita melihat gelagat yg sebegini terjadi di depan mata...

ya..mungkin ada yg mempersoalkn pada kita...."macam mne ko tau dieorg tu xde hubungan pe2...??tah2 dieorg adk beradik...xpon dh kawen" secara logiknya...ada kah pasangan adik beradik lelaki dan perempuan yg umurnya belasan tahun atau yg sudah mencapai usia baligh ingin berpelukan di tempat awam??hatta di rumah pun mereka tidak akan melakukan perbuatan itu...sangat memalukan....dan sekiranya mereka pasangan suami isteri...mereka tidak akan menunjukkan kasih sayang mereka ditempat awam....sama seperti pasangan adik beradik tadi..MALU.....

mereka yang melakukan perkara2 terkutuk ini adalah mereka yg sudah hilang perasaan MALU...yang ada pada mereka cuma sikap SLAMBER....ramai anak remaja yg sy lihat pada hari ini dengan 'slamber'nya membawa anak perempuan orang keluar tanpa ataupun dengan kebenaran orang tua mereka...yg makin memeningkan adalah sikap ibu bapa sekarang yg dengan 'slamber'nya membenarkan anak perempuan mereka keluar dengan lelaki yg tiada kena mengena dengan mereka...bila anak mereka membawa pulang aduan bahawa mereka hamil..tahu pula mahu melenting..habis anak2 mereka dipukul...dibelasah..malah ada yg terus diputuskan talian kekeluargaan....ingatlah..sesungguhnya mereka yg memutuskan hubungan persaudaraan sesama Islam...tidak akan masuk syurga golongan itu...insaflah...

kepada ibu bapa tadi..mengapa sekarang baru mahu menyesal??memarahi anak??memutuskan hubungan anak beranak??bukankah mereka yg membenarkn anak2 mereka keluar dengan lelaki tadi..???tiada gunanya menyesal selepas apa yg telah berlaku...terima saja takdir Allah..ada hikmah disebalik tiap kejadian yg telah berlaku....jadikan ini semua pengajaran agar anak2...ataupun cucu mereka kelak tidak melakukan perkara yg sama...

oleh itu...anak2 kita haruslah diberi pendedah yg cukup baik dalam soal agama...bagi ibu bapa yg kurang arif dalam bidang agama....mintalah pertolongan golongan ustaz mengajar anak2 anda..sesungguhnya mecari golongan bijak pandai agama pada hari ini sangat mudah sekali..tetapi mestilah beringat untuk mencari mereka yg benar2 Ustaz yang layak dengan bukti yg kukuh,,supaye tidak timbul kekeliruan dalam diri anak2 anda...sekian.
Wallahu'alam

waalaikumussalam...

sumber:
pemerhatian da'i muda

Friday, December 31, 2010

Saiyidul Aiyam

Assalamualaikum.....saiyidul aiyam.....ia merupakan gelaran buat hari Jumaat...yang memberi makna penghulu sgala hari.....kenapakah hari Jumaat digelar sedemikian...kerana telah dijanjiknNya bahawa pada hari ini, hari Kiamat akan berlaku bukan itu sahaja..pelbagai peristiwa juga telah dijanjikan akan /telah berlaku olehNya pada hari Jumaat ini.... Ia merupakan hari yg sungguh mulia bg umat Islam....sepertimana hari Sabtu buat mereka yg beragama yahudi....Ahad buat penganut agama Kristian......

kenapa saya memilih tajuk ini pada kali ini ialah kerana terdapat peristiwa2 yang sangat menduka citakn...berlaku didepan mata saya sendiri....semasa skalian umat Islam sedang khusyuk mendengar Khutbah Jumaat...peristiwa ini berlaku ditempat saya menunaikan solat Jumaat...disebuah surau yang dibenarkan untk dilaksanakan Solat Jumaat...surau yang tersergam indah ditengah-tengah kawasan perumahan yang sesak.....

sangat menyedihkan....

apabila saya merasakan perjalanan saya menuju ke surau itu seperti tidak sampai niat sebenarnya....hajat ingin mendengar Khutbah dalam keadaan yang tenang dan harmoni tidak kesampaian...malahan segala mesej yang disampaikan oleh Khatib dalam syarahannya ibarat masuk telinga kanan, keluar telinga kiri...mengapa dikatakn demikian??

Telah ditakdirkan...kami adik beradik dan bapa terlewat untk ke surau bg menunaikan solat Jumaat..jadi kami terpaksa memenuhi ruang solat yang dibelakang sekali...dimana stiap dari kami memang tidak gemar duduk di sana...hal ini kerana terdapat pelbagai jenis gangguan yang menggangu komunikasi antara Khatib dan Jemaah....

anak2 kecil...

salah satu masalah yang dihadapi adalah 'keramahan' anak2 kecil...mereka berbual sepanjang berlangsungnya Khutbah Jumaat...tak mengapa...kerana mereka masih kecil..dan masih belum mumaiyiz...tetapi..yang menaikkan 'meter' kemarahan yang tersedia didalam hati ini ialah terdapat golongan yang sudah boleh berKAHWIN melakukan perangai yang sungguh kurang didikan ini....umur yang amat tidak boleh bertolak ansur...dalam hal2 sebegini....mereka ini telah diberi dedahn dari pihak2 yang bertanggungjawab....mengapa msh berlaku??

salah siapa?

pada pemerhatian da'i muda....pihak surau di tempat saya terlalu mengambil mudah soal sebegini...kenapa dikatakan begitu...mereka hanya menggantung kain rentang yang menulis SILA PATUH!!....apakah kesannya??tiada.....hal ini kerana...dalam psikologi...terdapat satu istilah yang diberi nama 'Sensory Habituation'....istilah ini memberi makna satu tahap dimana organ sensitiviti kita mula mengandaikan bahawa sesuatu itu sebagai seseuatu yang biasa setelah kerap kali dirasai atau dilihat atau dialami...jadi..kain rentang itu tidak berfungsi seperti yang harapkan...kerana mereka menganggap kain rentang itu sebagai 'hiasan' semata-mata...tiada mesej disebaliknya....oleh itu...pihak surau haruslah memainkan peranan penting dengan memberi peringatan stiap kali sblum khutbah bermula mengenai sabda Nabi Muhammad S.A.W yang berbunyi 'kita hendaklah berdiam diri semasa khatib sedang membaca khutbah...tak kala itu..sesiapa yang bercakap2 semasa khatib sedang berkhutbah walaupun menasihati rakan disebelahnya dgn perkataan senyap skali pun..maka luput lah pahala Jumaatnya....'

jadi...pihak yg bertanggungjawab haruslah memainkan peranan yang penting dalam mnyelesaikan masalah 'keramahan' tidak kena tempat ini agar segala mesej yang disampaikan ketika pertemuan yang tidak sampai sejam lebih itu dapat dimanfaatkan oleh pendengarnya....kerana proses ingt mengingati itu adalah tuntutan buat semua umat Islam...insyaAllah

assalamualaikum....

sumber:
Hasil pemerhatian Da'i muda...

Tuesday, September 7, 2010

CINTA:LOVE??.......




Assalamualaikum........kali ini da'i muda ingin mengulas tajuk yang amat menarik di mata da'i muda sendiri...dan sudah tentu menarik pada pandangan pemuda-pemudi di luar sana....tajuknya ialah CINTA:LOVE??......cinta dan love memberi makna yang sama...cuma bahasanya sahaja yang berbeza....tetapi terdapat pelbagai cara kita mengdefinasikan cinta....sesetengah individu mengatakan cinta itu satu perasaan yang hadir di dalam hati kita.....ada yang mengatakan cinta itu buta....cinta tidak mengenal usia....menurut Imam Al-Ghazali, cinta itu adalah kecenderungan jiwa yang amat kuat dalam diri seseorang kepada sesuatu atau seseorang lain yang boleh memberi kesenangan, manfaat dan sangat serasi dengan fitrah manusia....jadi..pada apakah kita harus mencurahkan cinta kita??kepada siapakah kita harus meletakkan cinta kita ini??......era globalisasi yang penuh pancaroba ini mungkin telah mengubah perspektif anak muda kita mengenai cinta......

Disini saya bukan ingin bercerita mengenai cinta yang telah disalah-ertikan....tetapi saya ingin menerangkan cinta yang sebenar-benarnya tanpa dicemari oleh mana-mana 'idealogi' yang banyak menyimpang dari jalan yang benar...........berbalik kepada cinta yang didefinisikan oleh Imam Al-Ghazali, jelas sekali beliau menerangkan kepada kita cinta yang sebenarnya ialah CINTA KEPADA ALLAH.....mengapa kita perlu mencintaiNya??seringkali kita mencintai seseorang kerana kecantikannya, kepandaiannya, dan kesempurnaanya....jadi siapakah yang memiliki semua sifat-sifat ini??tidak lain tidak bukan...ALLAH S.W.T....Dia memiliki segala-galanya.....Dia memiliki bumi kita, udara kita, malah ibu bapa kita juga dimiliki olehNya....Dia mengurniakan segalanya kepada kita...jadi mengapa kita mencintai sesuatu lebih daripada kita mencintaiNya??

Cinta itu ibarat hadiah yang diberi atau dianugerahkan oleh Allah kepada hambanya....disini saya ingin memberi satu analogi.....sekiranya kita menerima hadiah dari ibu bapa kita bersempena dengan hari lahir kita...semestinya kita berasa gembira bukan?? jadi semestinya perasaan cinta kita kepada mereka lebih mendalam....sekarang saya ingin menerangkan makna analogi tersebut...pemberi hadiah itu adalah ALLAH S.W.T....hadiah itu adalah perasaan cinta....jadi mengapa kita lebih menyayangi hadiah tersebut lebih dari pemberinya??dari pandangan saya...situasi ini terjadi kerana mereka tidak merasakan kehadiran 'pemberi' hadiah tersebut....kemungkinan besar kurangnya pendedahan mengenai perasaan 'cinta' ini kepada mereka.....cinta yang sering disiarkan di TV selalunya cinta diantara manusia....radio2 sering memainkan lagu bersifat cinta kepada manusia....cinta yang sebenar hanya diudarakan pada waktu2 tertentu: bulan ramadhan, waktu2 solat, bila berlaku musibah....mengapa??hiburan kita telah di'sekular'kan sejak dahulu lagi....siapa yang salah??ungkai lah masalah ini sendiri....

berbalik kepada cinta kepadaNya....mungkin ramai yang tidak nampak dimana bukti cintaNya kepada kita....jikalau cinta antara manusia, kita dapat melihat bukti cinta antara dua insan itu...antara bukti yang sering dilihat oleh diri ini terutamanya di kampus2 universiti dan sekolah2 ialah cincin, baju yang hanya dibuat 2 helai (kononnya lah), tidak kurang juga mereka yang sanggup bertatu nama kekasihnya dilengan atau pun dimana-mana terutamanya mereka yang bukan beragama Islam...kita sebagai umat Islam patutnya sudah nampak dengan jelas dimana buktinya ALLAH mencintai kita dan dimana kita boleh mencari kata2 cinta daripadaNya...ayat-ayat cintaNya kita boleh temui disetiap rumah orang2 Islam di dunia ini....dan rumah yang tidak didengarkan ayat-ayatNya ini tidak akan tenang dan harmoni...AYAT-AYAT cintaNya IALAH apa yang tertulis didalam KALAMULLAH yakni AL-QURAN....sekiranya kita tidak membacanya bagaimana tidak berlakunya situasi dimana kita tidak bisa mencintai pemberi hadiah sebentar tadi...banyakkan lah membaca ayat-ayat cintaNya...sesungguhnya hati kita lebih mengenaliNya jika kita dapat menghayati segala yang diperkatakan olehNya......benar atau tidak wahai muda-mudi sebaya dengan diri da'i muda ini??

Jika kita ingin bertemu dengan kekasih kita dikalangan manusia....kita mungkin boleh berjumpa direstoran-restoran fast food seperti MacDonald, Pizza hut dan juga A and W.....disana pasangan kekasih ini akan berbual, bertukar-tukar cerita, bertanya khabar dan perkara2 yang hanya membuang masa yang terluang....tetapi syarat untuk bertemu cinta sejati dariNya ialah kematian...mungkin bunyinya agak keterlaluan...tetapi inilah bukti cintanya Dia kepada hambanya...kematian bukanlah sesuatu yang perlu ditakuti...tetapi ianya adalah sesuatu yang kita perlu nantikan..kerana hanya dengan kematian kita dapat bertemu dengan cinta sejati..iaitu ALLAH S.W.T.....sekiranya ada perasaan cinta yang mendalam terhadapNya...maka tidak perlu ada perasaan takut kepada kematian...Sabda Rasulullah S.A.W "jika Allah mencintai seorang hamba, maka Dia memanggil Jibrail seraya berfirman 'sesungguhnya Aku mencintai si polan, maka cintailah dia.' Jibrail pun mencintainya, kemudian menyeru di langit,'sesungguhnya Allah mencintai si polan, maka cintailah dia.' maka penduduk langit pun mencintai dia, seterusnya dia akan mendapat penerimaan di dunia" (riwayat al-Bukhari dan Muslim)....begitu juga sebaliknya sekiranya Allah membencinya...Imam Qurtubi menerusi satu kisah diriwayatkan oleh Abu Nu'aim dalam kitabnya al-Hilyat menyatakan..:ketika nabi Ibrahim A.S didatangi Izrail untuk mencabut nyawanya, berkata baginda kepadanya:"wahai Izrail, pernahkah seorang kekasih mencabut nyawa kekasihnya sendiri?"....lalu Izrail pun memberitakan pertanyaan baginda kepada Allah S.W.T...maka jawapan yang diberi oleh Allah kepada Ibrahim A.S adalah seperti firmannya:"Wahai Ibrahim, Apakah kamu pernah melihat seorang kekasih yang tidak gembira untuk bertemu dengan kekasihnya sendiri?"...seraya mendengar jawapan tersebut..Ibrahim berkata;"Wahai Izrail, cabutlah nyawaku saat ini juga!!"..ini menunjukkan cinta yang sebenar-benarnya cinta yang wujud dikalangan Anbiya'....

sampai disini saja cetusan idea yang dapat di kongsi oleh da'i muda buat kali ini....topik cinta ini sememangnya amat mendalam isinya sekiranya kita mengkajinya dengan bersungguh-sungguh....perasaan cinta kepada manusia sememangnya wujud, ini tidak dinafikan oleh mana2 manusia didunia ini...tetapi cinta kita kepadaNya WAJIB didahulukan sebelum cinta kita kepada hambanya.....ingatlah...."LOVE TO ALLAH IS THE TRUE LOVE...BUT LOVE TO MANKIND CAN DESTOYED INSTANTLY...WHAT FIRST COMES FIRST" (da'i muda)...sekiranya ada yang ayat2 saya yang menguris hati para pembaca...saya menyusun sepuluh jari memohon maaf..dan sekiranya ada informasi yang bercanggah dengan AL-QURAN dan Hadis..diminta menegur diri ini...seseungguhnya manusia tidak terlepas dari melakukan kesilapan...sekian terima kasih
Assalamualaikum
..
waalaikumussalam....






rujukan:
iluvislam
majalah solusi
teman2 di kampus
para pensyarah.......

Friday, August 6, 2010

Aurat...sejauh manakah kita memahaminya??



Assalammualaikum...topik da'i muda untuk kali ini adalah Aurat...sejauh manakah kita memahaminya??apakah yang dapat dikaitkn dengan kata-kata tersebut.....???apa yang saya ingin ketengahkn dalam topik kali ini adalah berkenaan aurat...terutamanya bagi kaum hawa....situasi kini yang agak 'HURU-HARA' dimana agama Islam tidak lagi diamalkn dalam kehidupan seharian benar-benar menimbulkan kekeliruan kepada umat ISLAM sendiri....

kekeliruan yang sering kita lihat disekeliling kita ialah mengenai isu aurat.....terutamanya dikalangan golongan hawa.....mengapa sebuah negara yang majoritinya Islam dan agama rasminya Islam mengalami masalah yang sebegini rupa??saya berasa sangat sedih bilamana melihat seorang wanita yang amat ditinggikan martabatnya pada zaman Kegemilangan Islam kini dengan sendirinya mendedahkan dirinya.....terdedah aurat yang diWAJIBKAN untuk mereka tutupi....Firman Allah S.W.T dalam surah AN-Nur ayat 31: Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman,agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya dan janganlah MENAMPAKKAN PERHIASANNYA (AURATNYA) kecuali yang biasa terlihat. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kedurungnya kedada...........

Apakah fungsinya Allah mewajibkan golongan wanita ini menutup aurat....pada pandangan da'i muda sebab Allah mewajibkan wanita menutup aurat adalah untuk menjaga maruah mereka semua dan sekaligus menaikkan martabat mereka.....serta untuk melindungi mereka daripada menjadi sasaran manusia bertopengkan syaitan di dunia ini.....ya. mungkin timbul persoalan yang mengatakan bhawa mereka yang menutup aurat pun menjadi sasaran kepada manusia2 jenis sebegini.....jawapan yang ideal untuk menjawab persoalan ialah......segala hukum yang Allah nyatakan dalam Al-Quran adalah untuk SEMUA...jadi sekiranya ada segelintir yang tidak mengikutnya maka ia akan memberi kesan kepada yang lain....jadi mereka yang tidak menutup aurat ini sebenarnya telah mendedahkan golongan mereka ke lembah kebinasaan secara tidak langsung....

Salah satu alasan yang sering diberikan oleh mereka yang tidak menutup aurat atau lebih spesifiknya tidak memakai tudung (kerana tudung adalah basic kepada menutup aurat) ialah kerana mereka akan merasa PANAS......PANAS??kepanasan di dunia ini hanyalah sedikit berbanding panasnya API NERAKA....apa yang ibu da'i muda selalu katakan pada diri ini ialah "api di dunia ini ibarat hanya sebesar belakang hujung jarum berbanding api neraka".....ingatlah..mengapa ada yang boleh memakai tudung manakala ada yang tidak boleh memakainya....semuanya berkaitan dengan akidah seseorang itu dan juga imannya....teguh pegangan akidahnya maka kuatlah imannya.....jadilah seorang wanita yang kuat imannya dan teguh akidahnya supaya menjadi wanita yang solehah maka Allah akan mengurniakan pelbagai kebaikan kepada dirimu......dan carilah pasangan hidupmu yang benar-benar dapat membimbingmu.....sesungguhnya Allah S.W.T berfirman dalam surah AN-Nur ayat 26:perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.....ini adalah berita gembira buat mereka yang bergelar WANITA SOLEHAH....

Kesimpulannya, hendak atau tidak seorang wanita diwajibkan menutup aurat ketika mana mereka berada dalam situasi di mana mereka MESTI menutup aurat.....sepotong lirik yang diambil dari lagu WANITA daripada kumpulan Dehearty 'sedarilah insan istimewa bahawa kelembutan bukan kelemahan..bukan jua penghinaan dari tuhan..bahkan sebagai hiasan kecantikan'....jagalah segala yang ada pada dirimu sesungguhnya apa yang ada padamu itu lebih bernilai dari sekeping kertas yang diberi nama sebagai WANG....sekian sahaja dari da'i muda...sekiranya ada pengisian didalam blog ini yang membuat sesiapa yang membacanya terasa..maka sepuluh jari disusun oleh saya untuk memohon maaf.....
waalaikummussalam

rujukan-majalah Solusi
-gmbr daripada ILUVISLAM




Sunday, July 4, 2010

WHY??

Assalammualaikum....

Tajuk yg dipilih da'i muda untuk pertama kalinya adalah WHY......kenapa??kenapa terlalu banyak masalah sosial berlaku dewasa ini??di sini da'i muda dapat membuat rumusan kenapa semakin berleluasanya masalah ini, dimana ianya dibuat daripada hasil pemerhatian saya....yang utamanya yang akan dikupas di sini adalah kurang didikan agama...mengapa dikatakn sedemikian??siapakah yang bersalah dalam hal ini??ibu bapa??ustaz dan ustazah??atau diri pesalah itu sendiri??

Kita harus sedar bahawasanya kita sekarang berada di AKHIR ZAMAN....kehidupan ini ibarat roda...dahulu sebelum kedatangan Nabi Muhammad S.A.W manusia telah melalui zaman jahiliyah..kini tahun 2010 kita telah berada di bawah roda itu kembali....anak2 kecil yang tidak berdosa ditinggalkn di tempat2 yang tidak sepatutnya...dimana mereka berhak untuk 'ditinggalkan' didalam pelukan ibunda dan ayahandanya...mendapat segala keperluannya sebagai seorang anak kepada insan yang bergelar MANUSIA.....

Berbalik kepada punca masalah ini berlaku..soal agama kini hanya dianggap sebagai soal sampingan saja.....bilamana hendak makan, hendak memandu, hendak tidur, dan bilamana berlakunya MUSIBAH dari Allah S.W.T......ingat Allah sekiranya PERLU..bukannya PERLU mengingati Allah sepanjang masa...itulah situasi yang berlaku sekarang.....jadi kita perlulah menyulami segala aspek kehidupan kita dengan Islam...Al-Quran dan As-Sunnah....supaya kita berasa lebih BERTANGGUNGJAWAB di dalam hidup yang sementara ini...

Kesimpulannya, semua pihak haruslah bersama-sama mencari penyelesaian bagi masalah ini terutamanya dari aspek AGAMA...kerana segala penyelesaian dapat diselesaikan sekiranya mereka benar2 memahami fungsi AGAMA dalam kehidupan.....semoga masalah ini dapat dikurangkan dan sekaligus dapat melenyapkan masalah ini di dunia yang fana ini....InsyaAllah...da'i muda disini memohon maaf sekiranya ada di dalam post ini yang membuatkan ada yang terasa.... sekian terima kasih...

Waalaikummussalam

sumber rujukan:Majalah Solusi...

Friday, July 2, 2010

salam perkenalan

Assalammualaikum dan slmt sejahtera.....slm perkenalan dr sy da'i muda....tujuan terbinanya blog kisah muda-mudi ini adalah untk kita.....sbgi seorng pemuda dan pemudi berdiskusi mngenai pelbagai isu yg berlaku di bumi Allah S.W.T ini.....selain itu...blog ini juga dibina untk kita semua berkongsi cerita dan juga ilmu yg bermanfaat...supaya ilmu yg kita miliki ini boleh berkembng dan skaligus dapat mengeluarkn kita dari sbrng kemusykilan....InsyaAllah.....oleh itu,sme2 la kita meng"imarah"kn blog untk PEMUDA-PEMUDI ini.....skian..waalaikummussalam